Wednesday, July 1, 2015

Surah AN-NAHL



Surah 16:  
 
AN-NAHL (lebah),

Surah ini terdiri atas 128 ayat, termasuk golongan surah-surah Makiyyah.  Surah ini dinamakan “An-Nahl” yang bererti “lebah” kerana  didalam nya terdapat firman Allah s.w.t.  ayat 68 yang  ertinya; “Dan Tuhan mu mewahyukan kepada lebah”.

Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kenimatan kepada manusia . Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Al-Quraamul Karim.  Madu berasal dari bermacam-maam sari bunga dan dia menjadi obat bagi bermacam-macam  penyakit  manusia (lihat ayat 69).  Sedang Al-Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-Nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagian dunia  dan akhirat. {Lihat surah  (10) Yunus ayat 57 dan surah 17 Al-Isra’  ayat (82)}.  Surah ini dinamakan pula “An-Ni’am” ertinya nikmat-nikmat, kerana didalam nya Allah menyebutkan pelbagai macam nikmat untuk hamba-hamba Nya.

Khatam terjemahan ayat-ayat An-Nahl (1-128),

Sumber;

No comments:

Post a Comment