Sumber;
Wednesday, July 1, 2015
Surah AN-NAHL
Surah 16:
AN-NAHL (lebah),
Surah ini terdiri atas 128 ayat, termasuk golongan
surah-surah Makiyyah. Surah ini
dinamakan “An-Nahl” yang bererti “lebah” kerana
didalam nya terdapat firman Allah s.w.t.
ayat 68 yang ertinya; “Dan Tuhan
mu mewahyukan kepada lebah”.
Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat
dan kenimatan kepada manusia . Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh
lebah dengan Al-Quraamul Karim. Madu
berasal dari bermacam-maam sari bunga dan dia menjadi obat bagi
bermacam-macam penyakit manusia (lihat ayat 69). Sedang Al-Quran mengandung inti sari dari
kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-Nabi zaman dahulu ditambah dengan
ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai
kebahagian dunia dan akhirat. {Lihat
surah (10) Yunus ayat 57 dan surah 17
Al-Isra’ ayat (82)}. Surah ini dinamakan pula “An-Ni’am” ertinya nikmat-nikmat,
kerana didalam nya Allah menyebutkan pelbagai macam nikmat untuk hamba-hamba
Nya.
Khatam terjemahan
ayat-ayat An-Nahl (1-128),
Sumber;
Surah AL-HIJR
Surah 15:
AL-HIJR,
Surah ini terdiri atas 99 ayat, termasuk golongan
surah-surah Makkiyyah, kerana diturunkan di Mekah sebelum Hijrah. Al-Hijr adalah nama sebuah daerah pergunungan
yang didiami zaman dahulu oleh kaum tasmud terletak dipinggir jalan antara
Midinah dan Syam (Syria).
Nama surah ini diambil dari nama daerah pergunungan itu,
berhubung nasib penduduknya iaitu kaum Tasmud diceritakan pada ayat 80 sampai
dengan 84, mereka telah dimusnahkan
Allah s.w.t, kerana mendustakan
Nabi Saleh a.s. dan berpaling dari ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat
juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum
Luth a.s. dan kaum Syuib a.s. dari kesemua kisah itu dapat diambil pelajaran
bahawa orang-orang yang menentang ajaran Rasul-Rasul akan mengalami kehancuran.
Khatam terjemahan
ayat-ayat Al-Hijr (1-99),
Sumber;
.
Subscribe to:
Posts (Atom)